Low Back Problems / Sakit Tulang Belakang
Poor posture, falls, accidents, lifting heavy objects or even uneven leg lengths can cause severe low back issues. This is made worse by long hours of standing or sitting. The back becomes stiff and the shooting sensations may extend down into one or both legs.
Postur yang buruk, jatuh, kemalangan, mengangkat objek berat, atau panjang kaki yang tidak serata boleh menyebabkan masalah belakang rendah yang serius. Keadaan ini bertambah buruk dengan berdiri atau duduk dengan jangka masa yang lama. Belakang menjadi kaku dan kesakitan yang tajam boleh merebak ke satu atau kedua-dua kaki.
Slipped Disc & Sciatica / Cakera Membonjol & Siatika
Sciatica is caused by the compression of the sciatic nerve and results in pain or numbness which extends down into the legs. Sciatica can be brought about by falls, sports activities, sitting or standing for extended periods of time. Walking or getting up from a sitting position will be excruciating.
Siatika disebabkan oleh tekanan pada saraf sciatic dan mengakibatkan kesakitan atau kebas yang merebak ke kaki. Siatika boleh berpunca daripada jatuh, aktiviti sukan, duduk, atau berdiri untuk tempoh yang lama. Berjalan atau bangun dari posisi duduk akan terasa amat sakit ataupun kebas.
Bone Spurs / Taji Tulang
When we age, the cartilage lining the joints starts to break down. This causes the bones to rub against each other. Bone spurs gradually build up around the joints, causing stiffness and limiting movement and flexibility.
Apabila usia meningkat, lapisan rawan pada sendi mula rosak. Ini menyebabkan tulang bergesel antara satu sama lain. Taji tulang akan terbentuk secara beransur-ansur di sekitar sendi, menyebabkan kekakuan dan menghalang pergerakan serta fleksibiliti.
Scoliosis / Skoliosis
Scoliosis is a sideways curve in the spine. In some cases, there are 2 curves, resulting in an ‘S’ shape. Possible causes are difference in leg lengths or habitual poor posture. It can also be due to deformities of the spine that may be present at birth. Scoliosis sufferers may experience back problems and muscular aches. In very severe cases, they may develop heart and lung problems later in life.
Skoliosis adalah lengkungan ke sisi pada tulang belakang. Dalam sesetengah kes, terdapat dua lengkungan, menghasilkan bentuk ‘S’. Penyebab yang mungkin adalah perbezaan panjang kaki atau kebiasaan postur yang buruk. Ia juga boleh disebabkan oleh kecacatan tulang belakang yang mungkin hadir sejak lahir. Penghidap skoliosis mungkin mengalami masalah belakang dan sakit otot. Dalam kes yang sangat teruk, mereka mungkin mengalami masalah jantung dan paru-paru pada masa hadapan.
Headaches, and Neck Problems / Sakit Kepala Dan Leher
Most headaches and migraines arise from the neck region whereas neck problems arises from the upper back and shoulder region.
Emotional stress, sleeping on your side without good support, holding the phone clamped between the head and shoulder, back packs and handbags slung to one side can cause neck or shoulder muscles to tighten up.
Kebanyakan sakit kepala dan migrain berpunca dari kawasan leher, manakala masalah leher berpunca dari kawasan belakang atas dan bahu. Tekanan emosi, tidur mengiring tanpa sokongan yang baik, memegang telefon di antara kepala dan bahu, serta beg galas atau beg tangan yang disandang ke satu sisi boleh menyebabkan otot leher atau bahu menjadi tegang.
Knee Problems / Masalah Lutut
In adolescents and young adults, most knee pain problems are sports-related. However, in older people, the cartilage covering the knee joints wears down, leading to osteoarthritis. Tendons that attach the leg muscles to the knee can become inflamed, giving rise to tendonitis.
Dalam kalangan remaja dan dewasa muda, kebanyakan masalah sakit lutut berkaitan dengan sukan. Walau bagaimanapun, dalam kalangan warga emas, rawan yang melapisi sendi lutut akan haus, menyebabkan osteoarthritis. Tendon yang melekatkan otot kaki pada lutut boleh menjadi radang, menyebabkan tendinitis.
Elbow and Wrist Issues / Masalah Siku dan Pergelangan Tangan
Pain in the elbow is usually due to tears in the tendons around the elbow brought about by injury or overuse. Some people refer to it as ‘tennis’ or ‘golfer’s elbow’. In Carpal Tunnel Syndrome, the nerves and tendons associated with the hands and fingers are compressed. This leads to numbness and tingling sensations in the hand.
Kesakitan pada siku biasanya berpunca daripada koyakan pada tendon sekitar siku akibat kecederaan atau penggunaan berlebihan. Sesetengah orang merujuknya sebagai 'siku tenis' atau 'siku pemain golf'. Dalam Sindrom Carpal Tunnel, saraf dan tendon yang berkaitan dengan tangan dan jari mengalami tekanan. Ini menyebabkan kebas dan sensasi kesemutan pada tangan.